Saturday, May 19, 2012

Dugaan 17 tahun





Hati ini kosong sewaktu sedarnya aku subuh tadi. macam ada yang tidak kena. aku gelisah. aku endahkan. Pagi tadi selepas subuh mata ini segar . tidak mengantuk langsung. aku turun ke bawah ingin berjumpa ibu abah ku.

"Ibu dah bangun ke?" kata aku kepada ibuku yang sedang berehat bersama abahku.

"Dah. Amboi awal bangun?" jawab ibu.

"Hee tak boleh tidur. ibu tak pergi pasar?" soal aku.

"Ibu malas pulak hari ini nak pergi pasar. esok lah . kenapa?" jawab ibu sambil memelok tubuh abahku yang sedang baring-baring.

Mereka memang mesra. aku berhasrat selepas aku berkahwin, aku ingin menjadi seperti mereka . 

"Takde ape ape . hee tanya je" jawab aku sambil tersengih-sengih.

Aku membuka laptop kesayanganku . aku membuka twitter si Dia . aku terharu segala ucapan Dia di twitter. Sungguh aku terharu. aku tersenyum.

"Amboi pagi-pagi dah bukak laptop. Ramai ke yang wish? Hmmm Ling, hari ni hari jadi anak kite. Tak ingat ke?" Kata ibuku.

'Ling' ataupun darling merupakan panggilan manja abah yang diberi ibu. Ibu memang memanggil abah dgn panggilan 'ling'

"Happy birthday to me happy birthday to me....." Abah cuba menyakatku. abah memang suke melawak. 

"Nanti tengah hari ibu bawak pergi makan kek eh? " Kata ibu kepadaku. Die memberi aku kata-kata semangat yang amat bermakna. Die menyedarkan ku bahawa aku sudah dewasa. aku sudah 17 tahun. aku perlu lebih matang. 

"Okay! nak cup cake taw bu. taknak kek besar-besar. cepat muak. kecik-kecik je. " kata aku sambil memelok ibu dan abah dan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Sungguh aku gembira kerana ade yang ingin meraikan hari jadi aku.

Jam menunjukkan 7:30 pagi. abah ingin keluar memberi sarapan. Tibe-tibe...

Sungguh akan aku ingat tarikh ini. hadiah paling bersejarah bagi aku. hadiah paling bermakna. Allah uji kami sekeluarga. Aku menangis. mataku berat menahan air mata di depan abah. Muka abah pucat lesu. Ibu terduduk terdiam. Abah gelisah. Aku berdoa dalam hati . Ya Allah..ujian ini sungguh berat ya Allah. Suasana menjadi kecoh. aku yang tergamam teros terdiam tak berkata. Abah resah gelisah . Aku sedih melihat muka abah. Aku tidak tahu bagaimana ingin menenangkan abah sedangkan diri aku sendiri tidak mampu menahan air mata yang ingin turun dengan lajunya. Aku tewas. Setelah abah pergi membuat laporan. Aku menangis seorang diri di ruang tamu. Ibu menangis seorang diri di tikar sejadah selepas selesai die menghadap Ilahi meminta pertolongan.

Aku terkelu. Aku berdoa banyak-banyak moga Allah permudahkan dugaan ini. Sungguh aku tak mampu melihat muka abah yang seperti hilang semangat. Hari ini abah banyak termenung. Matanya berair. Ibu lemah. Aku tak mampu lagi menahan air mata ini. aku menangis . aku tiada teman ingin mengadu. tiada teman yang sudi untuk kongsi air mata bersama aku.  baru sekarang aku kenal siapa teman yang sebenar. 

Hari ini hari lahir aku. tiada gembira. hanya luka. tiada cupcake yang dijanjikan ibu. tiada sambutan. tiada gelak tawa. itu semua tiada. Hati ini begitu pilu . Aku hanya mampu berdoa. Agar aku kuat dan tabah. Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang meraikan hari jadi aku ini. aku masih bernafas hingga hari ini.  

Atas kesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi ucapan hari lahir untuk aku. terima kasih kawan. ;') Terima kasih Amir Qusyairi menjadi bahu untuk aku menangis. Menjadi tempat untuk aku meluah segala duka ini.  Terima kasih Ya Allah untuk 17 tahun ini. aku redha Ya Allah......... Pinjamkan kami kekuatanMu untuk kami hadapi dugaan ini. aku percaya, semua yang berlaku ade hikmahnya.